TIGA gadis ini yang dilahirkan sebagai kembar membina hubungan yang sangat rapat serta sejak lahir sehinggalah mereka meningkat dewasa. Berusia 27 tahun, Hannah, Katherine dan Nadia bukan sahaja obses antara satu sama lain, malah turut berkongsi banyak persamaan dalam hidup mereka. Paling mengejutkan, mereka turut menjalani pembedahan plastik dan bercakap dalam bahasa mereka sendiri. Selain itu, Hannah, Katherine dan Nadia suka berpakaian sedondon, tidur bersama dan berkongsi pakaian dalam mereka. "Kami berkongsi coli, pakaian dan kasut," ujar trio itu menerusi siri realiti Extreme Sisters TLC. Sesetengah orang mungkin menganggap obsesi mereka antara satu sama lain sudah melampaui batas tetapi trio itu mengakui selesa dengan cara hidup tersebut. Sejak dilahirkan, ketiga-tiga mereka telah melakukan segala-galanya bersama-sama. Mereka bercadang untuk terus berbuat demikian sepanjang hayat mereka, malah turut berikrar untuk tidak berkahwin. Ketiga-tiga mereka turut berkongsi akaun Instagram yang sama. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube