SEORANG YouTuber ditembak pada bahagian perut selepas dia melakukan 'prank' ke atas seorang individu tidak dikenali di dalam pusat membeli-belah. YouTuber berusia 21 tahun dikenali sebagai Tanner Cook itu cedera parah selepas ditembak ketika menjalani penggambaran di Dulles Town Center, Virginia. Selepas menjalani pembedahan, Cook tampil memberi penjelasan bahawa lelaki tersebut seolah-olah tidak dapat menerima gurauan yang dilakukannya. "Saya sekadar melakukan 'prank' dan melakukan gurauan yang ringkas, tapi lelaki itu tidak dapat menerimanya," ujarnya yang memiliki 400,000 subscribers YouTube. Pelaku yang dinamakan sebagai Colie dihadapkan ke mahkamah pada Isnin, dituduh mencederakan dengan niat jahat, menggunakan senjata api dalam melakukan jenayah dan melepaskan tembakan di di dalam bangunan. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube