SEORANG wanita yang 'menikahi' anak patung kain mendakwa dia 'hamil' anak kedua dengan pasangannya yang luar biasa itu. Meirivone Rocha Moraes menjadi perhatian selepas jatuh cinta dengan Marcelo, anak patung kain yang dibuat ibunya untuknya. Dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin, pada tahun lalu. Moraes (kanan) dan Marcelo sudah mempunyai 'seorang anak'. foto Jam Press/@meirivoneemarcelo Walaupun 'perkahwinan' mengalami pasang surut, termasuk Marcelo yang tidak bernyawa itu 'bersikap curang', wanita berusia 37 tahun dari Brazil itu berkata mereka mengharungi ujian bersama dan kini menantikan cahaya mata. "Saya sangat gembira kerana mengandung (anak) Marcelo sekali lagi," kata Meirivone kepada NeedToKnow.co.uk. ARTIKEL BERKAITAN: Selera luar biasa... Wanita kahwin dengan patung, belum sampai setahun dah umum nak bercerai Menerusi laman TikTok, Moraes membuat pengumuman itu dengan menunjukkan apa yang kelihatan sebagai kit kehamilan positif. "Kali ini kami akan menimang anak perempuan. Kami sangat gembira," katanya. Jika 'dikurniakan' anak lelaki, kata Moraes, dia dan pasangannya tetap menerimanya dengan hati yang terbuka. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube