SEORANG gadis diserang 'histeria' apabila motosikal miliknya dicuri pada Isnin. Kejadian berlaku di Bakung, Kecamatan Cikande, Kabupaten Serang, Banten di Indonesia. Insiden tersebut dirakamkan oleh seorang penduduk di lokais kejadian, dan dikongsi di laman sosial. Video yang dimuat naik itu menunjukkan seorang gadis berhijab duduk di tepi jalan menangis kerana terkejut dengan kejadian yang menimpanya. Dia dikelilingi penduduk tempatan dan pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Rider tetap senyum walau motor tiba-tiba terbakar ketika hantar bungkusan Difahamkan, gadis berkenaan menjadi mangsa rompakan ketika melalui jalan yang lengang. Keadaan mangsa juga tidak terurus kerana pelaku mencampaknya ke dalam sawah. Malah, pelaku turut mengugut mangsa bagi menakutkannya. Kejadian itu membuatkan mangsa histeria, berikutan motosikal yang dilarikan pelaku merupakan milik bapanya. "Motor ayah saya, ya Allah," kata gadis itu berulang kali. Susulan kejadian samun itu, polis kini memburu suspek. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube