suria

Gara-gara wanita menari ghairah tak berbaju, pusat hiburan kantoi operasi tanpa lesen menjelang Pesta Songkran

Wanita ini didenda gara-gara berkelakuan tidak senonoh ketika menari di kelab malam.

BEBERAPA pusat hiburan di Bangkok mula menganjurkan acara pra-sambutan menjelang tahun baharu tradisi Thailand, termasuklah Pesta Songkran (pesta air) yang akan disambut pada 13 hingga 15 April ini..

Salah satu acara hiburan yang dianjurkan menjadi perhatian selepas rakaman menunjukkan seorang wanita jelita Thailand menari tidak berbaju tular di media sosial, dalam kejadian 9 April.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan wanita berkenaan menari ghairah di atas meja sambil ditonton pengunjung kelab malam.

Beberapa orang dilihat menyimbah air kepadanya, bersorak malah ada yang menggalakkan wanita seksi itu berbogel sepenuhnya.

Susulan kejadian, pemilik kelab malam didenda 20,000 baht (RM2,583) dan wanita terbabit perlu membayar 5,000 baht (RM645) selepas menayang payudara dan menari ghairah di parti itu di wilayah Samut Prakarn, Bangkok, minggu lalu.

Menurut siasatan Balai Polis Mueang Samut Prakarn, lokasi acara itu kemudiannya dilaporkan sebagai pesta buih.

Ketika pihak polis melakukan soal siasat, wanita berusia 26 tahun itu memberi alasan dia mabuk pada malam tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu didakwa melanggar Seksyen 388 dengan melakukan perbuatan mengaibkan di khalayak ramai dengan menanggalkan pakaian atau mempamerkan tubuh dan dikenakan denda.

Pemilik pusat hiburan berusia 33 tahun, Aong-art, yang turut dipanggil ke balai mendakwa mereka cuba menghalang wanita itu tetapi kelab terlalu sesak dan insiden sempat dirakam sebelum berjaya dileraikan.

Namun, dia tetap didenda setelah pihak polis mendapati kelab malam itu beroperasi tanpa lesen yang sah. - THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain