suria

Lelaki pandu 215 km/j di lebuh raya sambil rakam video untuk media sosial, akhirnya ditahan polis

Lelaki ini memandu dengan kelajuan 215 kilometer sejam di lebuh raya. Kredit foto: Unsplash

SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas polis mengesan akaun media sosialnya melalui beberapa siaran video yang menunjukkan dia merakamkan dirinya memandu pada kelajuan 215 kilometer sejam (km/j)

Kejadian yang berlaku Lebuh Raya 7 itu melihat Joe Tavella III memandu sebuah kereta Chervolet dengan kelajuan yang membahayakan selain memuat naik video pemanduannya ke Instagram dan Facebook.

Had laju di kawasan itu ialah 88 kilometer sejam (km/j), kata polis negeri.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan meter kelajuan kereta terbabit yang mempunyai lambang Chevy pada stereng, memecut dari 90 kilometer sejam (km/j) hingga ke 133 kilometer sejam (km/j).

Anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat dapat mengesan identiti Tavella melalui akaun Instagramnya dan kemudian menemui akaun Facebooknya yang menunjukkan gambar kereta Chevy Nova klasik hitam.

Selain itu video pemanduannya yang membahayakan pada 215 kilometer sejam (km/j) juga jelas terpampang pada laman media sosialnya.

Dalam video itu kelihatan pantulan pemandu iaitu lelaki kulit putih dengan tatu di lengan kanannya dan dia sedang merakam meter kelajuannya dengan telefon bimbit di tangan kirinya.

Catatan media sosial Tavella juga menunjukkan plat lesen Nova 1970 klasik miliknya yang digunakan pihak polis untuk mengesahkan identitinya dengan Jabatan Kenderaan Bermotor negeri.

Tavella apabila disoal siasat pihak polis mengakui bahawa dia telah merakam video itu ketika memandu di Lebuh Raya 7 di Norwalk, Amerika Syarikat pada 26 Mac.

Tavella menyerah diri pada 11 April selepas waran tangkap dikeluarkan yang mendakwanya dengan pemanduan berbahaya serta mengendalikan kenderaan bermotor semasa menggunakan telefon pintar dan memandu secara melulu.

Dia ditahan dengan bon 100,000 dolar (RM440,000) dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di Stamford pada Selasa. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain