suria

Masjid di Jakarta tawar program buang tatu secara percuma, 15 minit siap!

Program buang tatu percuma di masjid di Jakarta Selatan.

SERAMAI 85 orang penduduk mengikuti program membuang tatu secara percuma di di Masjid Darul Jannah Jakarta Selatan.

Program berkenaan dianjurkan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) pada Khamis.

Sukarelawan, Rahmat, berkata program itu hanya berlangsung satu hari.

Ia sudah pun diadakan di beberapa wilayah lainnya di Jakarta.

"Kuotanya hari ini 100 orang, tapi kira-kira 85 yang hadir. Kita bermula dari pagi hingga petang," katanya.

Rahmat berkata, peserta boleh mendaftar untuk membuang tatu secara percuma melalui platform atas talian.

Mereka perlu menjalani pemeriksaan darah dan kesihatan terlebih dulu.

"Pemeriksaan diadakan bagi memastikan mereka sihat tubuh badan. Ada doktor akan periksa dari sudut perubatan juga.

"Selain itu, ada yang dibius untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses laser dilakukan.

"Proses ini mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Ada juga yang menjangkau sehingga 15 minit bergantung kepada keadaan," katanya. - Voi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain