suria

Letupan di ladang tenusu, 18,000 ekor lembu mati dalam keadaan rentung... pekerja cedera parah

Letupan menyebabkan 18,000 ekor lembu mati.

LETUPAN besar yang berlaku di sebuah ladang tenusu di Texas, Amerika Syarikat menyebabkan 18,000 ekor lembu mati terbakar.

Menurut Institut Kebajikan Haiwan, letupan di South Fork Dairy Farm menyebabkan kepulan asap menjulang ke udara dan disifatkan sebagai kes paling teruk pernah direkodkan setakat ini.

Bomba mengambil masa selama beberapa jam untuk memadam kebakaran di ladang tersebut.

Letupan itu turut menyebabkan seorang pekerja ladang berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Punca sebenar letupan masih belum dikenalpasti. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain