suria

Roller coaster terbesar di UK tergendala akibat cuaca buruk, pengunjung tahan gayat dipaksa berjalan atas landasan

Pengunjung terpaksa berjalan di atas landasan selepas permainan ekstrem itu dihentikan akibat cuaca buruk.

MALANG tidak berbau.

Begitulah nasib menimpa sekumpulan individu apabila mereka terpaksa berjalan di atas landasan yang tinggi selepas permainan roller coaster terbesar di United Kingdom (UK) tergendala pada Selasa.

Permainan ekstrem popular itu terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk yang dibawa oleh Storm Noa.

Foto yang diambil oleh seorang pengunjung menunjukkan sekumpulan individu sedang menuruni anak tangga yang sempit.

Menurut jurucakap Blackpool Pleasure Beach, mangsa yang terperangkap di dalam roller coaster diiringi oleh kakitangan bertugas ketika mereka diselamatkan.

"Pada pukul 2.50 petang pada hari Selasa Blackpool Pleasure Beach menghentikan permainan itu kerana perubahan cuaca yang berlaku secara mendadak.

"Individu yang bermain roller coaster diiringi oleh kakitangan Blackpool Pleasure Beach ketika dibawa turun ke bawah.

"Disebabkan oleh tiupan angin yang kencang, roller coaster ditutup selama beberapa hari," ujarnya lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain