SEORANG wanita gagal menahan emosi apabila dia dipertemukan semula dengan anak perempuannya selepas mereka terpisah selama 32 tahun. Menerusi majlis yang berlangsung di timur laut Thailand pada Khamis, Suwan Thothong, 59, dilihat menangis teresak-esak sambil memeluk anaknya yang dikenali sebagai Sangdao. Menurut Suwan, kisah menyayat hati itu bermula apabila dia dan suaminya berpisah ketika Sangdao baru berusia setahun, lapor KhaoSod. Suaminya, yang berasal dari wilayah Si Sa Ket meninggalkan rumah keluarga bersama anak perempuan mereka. Suwan cuba mencari anak perempuannya tetapi tidak berjaya menjejakinya selama bertahun-tahun. Namun, impiannya untuk dipertemukan semula berjaya direalisasikan selepas saudaranya menemui akaun Facebook milik Sangdao, baru-baru ini. Sangdao, kini berusia 33 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. - The Tiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube