suria

Angkara berang tidak dibelikan mi segera, abang maut ditikam adik di dapur

Konflik berdarah sesama adik-beradik berlaku kerana mi segera. -Gambar hiasan

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Begitulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan adik-beradik ini yang baik pada mulanya tetapi hancur kerana kata-kata.

Dalam insiden di Indonesia itu, seorang lelaki maut ditikam adik lelakinya hanya kerana mi segera.

Kejadian berlaku di daerah Lalan, Sumatera Selatan pada 8 April lalu.

Sebelum itu, remaja berusia 15 tahun itu membeli sebungkus mi segera dari kedai berhampiran untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Lalan, Hasurungan Hutajulu berkata abangnya yang berusia 27 tahun itu mengamuk apabila mengetahui remaja itu hanya membeli satu paket mi segera sahaja.

"Akibatnya, abangnya menampar dan memicit pipi mangsa kerana marah.

"Suspek yang ketika itu sedang menghiris bawang dan kangkung dengan pisau di dapur secara spontan menikam perut mangsa," katanya.

Katanya, ahli keluarga segera membawa mangsa yang cedera ke klinik berhampiran namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Polis berkata, mereka merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan menahan suspek.

Sementara itu, Ketua Kampung Karang Agung Aripin memberitahu adik-beradik itu diketahui tidak mempunyai sebarang masalah.

Katanya, remaja lelaki itu dikenali sebagai seorang yang pendiam. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain