suria

Wanita ‘sewakan’ rahim untuk pasangan gagal dapat zuriat, tak sangka dihubungi ramai pelanggan

Montalvo menawarkan khidmat itu sejak tahun 2021. Foto: Getty Images/iStockphoto/globalmoments.

SEORANG wanita Mexico dikenali sebagai Leti Montalvo sanggup 'menyewakan' rahimnya demi meneruskan kehidupan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020.

Menurut Montalvo, suaminya hilang sumber pendapatan, menyebabkan dia sekeluarga diusir keluar dari rumah dan terpaksa memakan kacang sebagai makanan harian.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia yang nyaris berputus asa membuat hebahan mengenai khidmat tersebut menerusi Facebook pada Februari 2021 dan tidak menyangka menerima 10 pelanggan dalam tempoh singkat.

Montalvo merupakan salah seorang daripada komuniti wanita Mexico yang mendaftarkan diri mereka sebagai ibu tumpang bagi kebanyakan pasangan di Eropah yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.

Difahamkan, permintaan terhadap khidmat tersebut mula meningkat di Mexico selepas golongan ibu tumpang di Ukraine berkurang akibat perang yang berlaku. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan