suria

Idea terlebih kreatif, jurutera raih perhatian ramai selepas perkenal basikal dengan tayar segi empat

Inovasi oleh jurutera itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

JURUTERA Sergii Gordieiev yang popular menerusi saluran YouTube inovasi The Q mencuri perhatian ramai selepas dia tampil dengan konsep basikal dengan tayar berbentuk segi empat.

Menerusi sebuah video tular, kenderaan unik itu dilihat mampu berfungsi seperti biasa, malah turut kelihatan seperti basikal normal yang digunakan pada masa ini.

Video itu turut dikongsi semula ke laman Twitter oleh seorang individu, dikenali sebagai Massimo sehingga ia menerima reaksi luar biasa daripada netizen.

Rata-rata pelayar Twitter menganggap ia sebagai rekaan pelik yang dikatakan menentang hukum fizik.

Namun, ramai juga yang turut memuji inovasi itu serta berharap ia dapat dihasilkan dan dipasarkan kepada semua orang tidak lama lagi. - India Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain