suria

Pelayan kafe dibuang kerja, kantoi campurkan darah sendiri dalam minuman pelanggan

Seorang pelayan dibuang kerja kerana mencampurkan darahnya dalam minuman pelanggan.

SEORANG pelayan kafe di Hokkaido, Jepun, dipecat kerana mencampurkan darahnya sendiri dalam koktel yang dihidangkan kepada pelanggan.

Kafe Mondaiji mengumumkan pemecatan pekerja wanita itu menerusi akaun Twitter mereka.

Dalam ciapan penjelasan, pengendali kafe berkata wanita itu memasukkan titisan darahnya dalam minuman orikaku, atau koktel asli yang dicampur dengan buah-buahan serta sirap berwarna-warni.

"Tindakan sedemikian tidak boleh diterima," ciap pengendali kafe itu.

Malah, mereka turut meminta maaf kepada pelanggan atas atas kejadian itu. - India Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain