suria

Wanita umur 108 tahun catat markah tinggi dalam peperiksaan, berjaya tewaskan pelajar muda

Warga emas itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan bagi program celik huruf.

USIA bukan penghalang untuk kita menimba ilmu.

Begitulah juga prinsip yang dipegang wanita ini apabila dia menyertai program celik huruf yang dilaksanakan di Kerala, India.

Dikenali sebagai Kamalakanni, wanita yang dipercayai berusia 108 tahun itu berjaya mencatatkan markah yang membanggakan.

Dengan catatan markah sebanyak 97 peratus, Kamalakanni berjaya menewaskan ramai pelajar-pelajar muda yang turut menyertai program sama.

Berasal dari Cumbum di Tamil Nadu, Kamalakanni sebelum ini pernah bekerja di ladang buah pelaga selama 80 tahun.

Ujarnya, dia tidak mendapat pendidikan sewaktu zaman muda kerana sibuk bekerja untuk mencari wang. - India Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain