TULAR video mengenai sepasang remaja dicekup kerana melakukan perbuatan tidak senonoh pada bulan Ramadan. Aksi pelajar sekolah itu sempat dirakam oleh penduduk setempat yang menyedari kelakuan tersebut. Menerusi rakaman dimuat naik di laman Instagram pada Isnin, ia menunjukkan suasana di sebuah bangunan usang yang jauh dari kawasan perumahan. Menyedari kelakuan mereka diperhatikan, pasangan berkenaan terkejut dan berada dalam ketakutan. Seorang remaja perempuan dilihat bertudung sambil cuba memujuk perakam video supaya tidak berkongsi rakaman itu. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat aksi tak senonoh di kawasan terbuka, tetamu hotel berdepan hukuman penjara Gadis itu juga dengan berani memberitahu bahawa mereka sanggup membayar untuk mendapatkan rakaman. Pada masa sama, teman lelakinya dlihat cuba melarikan diri menyebabkan gadis berkenaan semakin panik. Malah, dia juga meminta kekasihnya memujuk perakam video. Bagaimanapun, perakam enggan menjual video berkenaan, malah memarahi pasangan remaja itu kerana melakukan perbuatan tidak senonoh. Sebagai peringatan, melakukan perbuatan tidak senonoh adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!