SEORANG gadis menjadi perhatian ramai ketika dia meraung di kawasan pelabuhan kerana tidak sanggup berpisah dengan kekasihnya yang mahu pulang ke kampung halaman. Menerusi satu video tular, gadis itu yang terduduk di atas jalan kelihatan sedang menangis kerana enggan berpisah dengan teman lelakinya. “Tular, ditinggal kekasih balik kampung, gadis ini menangis histeria,” tulis pemilik TikTok PetaniGila. Dalam video sama, gadis itu dilihat melompat-lompat ke arah kapal KM Sirimau yang dinaiki teman lelakinya di pelabuhan tersebut. Lebih lucu, dia turut menghentak kakinya ke atas lantai, seolah-olah budak kecil yang menangis kerana tidak dibelikan permainan. Rata-rata netizen terhibur melihat video gadis itu yang dianggap terlalu obses dengan teman lelakinya. - Mamagini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube