suria

Anak umur 3 bulan maut selepas dibaling ke dinding, bapa kejam dipenjara 23 tahun

Strahm dipenjarakan selama 23 tahun setengah kerana membunuh bayi perempuannya

SEORANG bayi berusia tiga bulan maut selepas beberapa kali dilempar ke arah dinding oleh bapanya sendiri pada Disember 2020.

Dalam perkembangan terbaharu, pelaku, Steven Michael Strahm, 30, dipenjarakan selama 23 tahun setengah kerana membunuh bayi perempuannya, Scarlet Blair Strahm.

Dia mengaku bersalah atas pembunuhan tahap dua dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di bandar Jacksonville, Florida, dua tahun lalu.

Ketika kejadian, Scarlet dikejarkan ke hospital Kesihatan Universiti Florida oleh ibunya Breeana Kilzer selepas dia melihat bayinya mengalami sawan.

Pakar perubatan mengesahkan bahawa bayi itu mengalami pendarahan otak, namun Strahm pada mulanya mendakwa bahawa dia "secara tidak sengaja menjatuhkan bayinya" semasa ibunya bekerja. - Mirror.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain