INFLUENCER terkenal dari Sepanyol, Patricia Rite meninggal dunia akibat kanser kulit. Keluarga Patricia membuat pengumuman penuh emosi itu menerusi media sosial pada 16 April. "Patricia telah tinggalkan kita. Ibu dan keluarganya mohon diberi ruang dalam fasa sukar ini. "Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya selama ini," ujar wakil keluarga Patrcia. Memiliki lebih 200,000 pengikut di media sosial, wanita berusia 30 tahun itu banyak menghasilkan content berkaitan fesyen, gaya hidup dan kecantikan. Sejak didiagnos empat tahun lalu, dia turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran tentang penyakit kanser. Patricia pernah berkongsi cerita bahawa dia menyedari tahi lalat pelik pada badannya sebelum dia didiagnos menghidap kanser kulit. - Mirror. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube