suria

Padah guna alat permainan seks ‘bola ping pong’, lelaki maut terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat permainan seks berbentuk bola ping pong. gambar hiasan / foto: Freepik

SEORANG lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat permainan seks berbentuk bola ping pong.

Insiden tersebut didedahkan oleh doktor dari Hospital Universiti atau Hradec Kralove di Republik Czech melalui jurnal perubatan Legal Medicine.

Menurut pakar, mangsa dalam kejadian tragis itu berasal dari Republik Czech dan berusia 30 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris maut diserang strok selepas onani

Mangsa didakwa menggunakan alat tersebut bagi kepuasan seksualnya.

Mayatnya ditemui oleh sepasukan anggota bomba selepas ibu bapa mangsa tidak dapat membuka pintu bilik tidurnya.

Ketika mayat mangsa ditemui, terdapat mesin urut elektrik yang digunakan pada alat sulitnya, manakala bola ping pong berada di atas punggungnya.

Kematiannya diklasifikasikan sebagai 'maut kemalangan akibat renjatan elektrik' selepas mesin urut tersebut gagal berfungsi sehingga menyebabkan tanda melecur pada zakarnya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain