suria

Pengawal jadi hero, selamatkan warga emas nyaris dirempuh kereta api

Tangkap layar video seorang pengawal rel kereta api menyelamatkan pejalan kaki.

BERANI mati. Itu yang dapat digambarkan tentang keberanian seorang pengawal laluan kereta api menyelamatkan seorang pejalan kaki yang nyaris dirempuh ketika dia nekad melintasi rel berkenaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Laswi, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, pada petang Ahad.

Menerusi perkongsian video di Instagram @edansepurid, pengawal itu dilihat berdiri berhampiran pos pengawal sebaik pintu rel kereta api ditutup.

Bagaimanapun, lelaki yang difahamkan warga emas dan penjual tisu itu secara tiba-tiba menyeberangi rel berkenaan sebelum pengawal itu berlari untuk menyelamatkannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan pengawal berkenaan, malah ada yang menyarankan agar pihak berwajib menyediakan isyarat lain sebagai menandakan rel kereta api sudah ditutup bagi mengelak insiden sama berulang.

"Tabik dengan petugas lintasan kereta api.

"Semoga petugas rel kereta api sentiasa diberi kesihatan dan keselamatan serta keberkatan hidup.

"Menjadi pengajaran buat semua orang, baik pengguna atau pejalan kaki. Lihat kanan dan kiri semasa ingin menyeberang, tetapi lebih baik kalau pintu rel kereta api sudah ditutup atau ada isyarat lain menandakan kereta api sudah bergerak," demikian antara komen netizen.- Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain