KECOH di media sosial mengenai seorang isteri mencekup suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berusia. Ketika ditangkap, wanita berstatus nenek itu lantang bersuara bahawa dia telah berkahwin dengan lelaki berkenaan selama 16 bulan. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya si isteri kenapa suaminya sanggup mencari wanita tua untuk mengadakan hubungan sulit. Difahamkan, video berhubung kejadian dirakam isteri kini menjadi tular di media sosial. "Tetapi saya hairan kenapa awak cari nenek? Kenapa cari lain?" katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya pergi gim, rupanya 'check-in' hotel... hati suami remuk tengok isteri hanya berselimut, berduaan dengan polis Malah, nenek berkenaan mendakwa telah melakukan hubungan intim dengan suaminya yang 'sah'. "Semuanya telah terbongkar. Aku isterinya," ujar wanita warga emas itu. Menerusi video tersebut, si suami hanya diam membisu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Isterinya kemudian reda sekiranya suaminya benar-benar sudah menikah dengan wanita tua tersebut. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube