ANEH! Seorang lelaki warga Iran mengaku berhenti mengambil makanan pada 2006 dan hanya bergantung pada minuman bergas sebagai sumber tenaga untuknya menjalani kehidupan setiap hari. Ia berikutan dia akan berasa mual setiap kali melihat makanan. Menurut Gholamreza Ardeshiri yang berusia 58 tahun disebabkan gejala pelik yang dialaminya itu, dia terpaksa bertahan dengan pengambilan air dan minuman bergas seperti Pepsi mahupun Coca-Cola sejak 17 tahun lalu. Dia dikatakan akan minum tiga botol besar air soda setiap hari bagi menggantikan makanan. Dengan kandungan kalori yang ada, Gholamreza akui tidak berasa lapar. Semuanya bermula ketika dia bangun dengan perasaan aneh seolah-olah terdapat rambut di dalam mulutnya. Malah ia tidak dapat dihilangkan meskipun telah berjumpa ramai doktor. "Saya rasa seolah-olah terdapat benda seperti rambut dalam tekak yang bersambung sehingga ke perut. "Pelbagai perkara saya dah buat tetapi ia tetap tidak hilang," ujarnya. Ekoran itu, dia akhirnya memutuskan untuk tidak mengambil apa jua makanan bagi membolehkannya menjalani kehidupan yang normal. Kasihan melihat keadaan yang dialami, keluarganya tidak makan di hadapan. - Oddity Central Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube