suria

Tak nak bercerai, isteri potong kemaluan suami ketika tidur

Polis (kanan) mengambil keterangan suspek (duduk). Foto Kompas

GARA-gara tidak mahu bercerai, seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya.

Kejadian berlaku di Kota Solo di Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Polis Kota Solo, Iwan Saktiadi berkata, insiden terbabit dilaporkan berlaku pada Selasa petang.

Menurutnya, mangsa berusia 20 tahun, manakala suspek merupakan isteri berumur 34 tahun.

Jelasnya, pertengkaran tercetus ketika mereka mencari ibu bapa mangsa di Sukoharjo, Jawa Tengah.

Susulan pergaduhan itu, kata Iwan, mangsa memaklumkan mahu berpisah dan meminta isterinya untuk pulang ke Bali bersendirian dengan menaiki bas.

"Suspek menaiki bas, namun dalam perjalanan dia cuba menghubungi mangsa untuk kembali bersama dan bertemu di hotel," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki potong zakar sendiri, simpan dalam balang... Rupanya takut kena tangkap selepas cabul kanak-kanak

Mengulas lanjut, Iwan berkata, mangsa datang ke hotel dan tidur sebelum suspek mengambil pisau dan memotong kemaluan mangsa sehingga terjaga dan menjerit kesakitan.

"Selepas kejadian, suspek panik dan menghubungi penyambut tetamu hotel serta membawa mangsa ke hospital," katanya.

Susulan kejadian, suspek ditahan di Balai Polis Jebres untuk merakamkan keterangan.

"Pada masa ini, suspek dan bahan bukti telah diserahkan ke Unit Siasatan Jenayah Polis Solo untuk siasatan lanjut. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain