SEORANG ahli perniagaan dari selatan Thailand berkongsi rahsia kesihatannya yang baik adalah dengan minum darah buaya bercampur alkohol dua kali sehari. Menurut Rojakorn Nanon yang kini berusia 52 tahun, dia memulakan harinya dengan segelas darah buaya yang dicampur bersama lao khao iaitu arak buatan sendiri. Malah, dia turut meminumnya sebelum tidur. Mendakwa pernah mengalami lemah secara fizikal dan letih sepanjang masa, lelaki dari wilayah Trang mengakui keadaannya pulih selepas mengambil minuman berkenaan. Sejak itu, dia percaya darah buaya melakukan keajaiban untuk beberapa organ dan sistem saraf. Nanon mula meminum darah buaya yang dicampur dengan lao khao dua bulan lalu, selepas mendapati koktel itu dijual oleh Wanchai Chaikerd iaitu pemilik ladang buaya di mukim Ban Pho. Wanchai menyatakan buaya mempunyai sedikit darah oleh itu dia perlu mencampurkannya dengan lao khao dan mengenakan bayaran RM26.38 hingga RM39.57 (200 – 300 baht) setiap gelas. - Oddity central Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube