AKIBAT perselisihan faham, seorang buruh binaan sanggup menikam rakan sekerjanya di Daerah Morowali Utara, Indonesia. Ia berikutan mangsa yang berada di bahagian atas bumbung enggan turun berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan kerja ketika diminta suspek. Malah, dia juga meminta suspek untuk meneruskan kerja yang dilakukan terlebih dahulu. Namun ketika mangsa turun, suspek yang berang kemudiannya mengambil pisau dari dalam beg hitam dan bertindak menikamnya sebanyak dua kali di bahagian dada. Susulan kejadian tersebut, mangsa maut di tempat kejadian manakala suspek cuba membunuh diri bagi mengelakkan di ditahan polis. Pun begitu, tindakannya gagal dan dia dihantar ke balai polis untuk siasatan lanjut. - Kompas.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube