suria

Mahu hidup relaks... Lelaki bujang pilih hidup dalam khemah, enggan kerja

Li memilih untuk tinggal di dalam khemah

HANYA kerana tidak mahu bekerja, seorang lelaki berusia 29 tahun nekad untuk tinggal di dalam khemah di tempat letak kereta terbiar selama 200 hari.

Li Shu yang pernah bekerja di Wilayah Sichuan, China dilaporkan berhenti kerja pada penghujung 2018 dan mula menghabiskan sebahagian besar masanya di pangsapuri yang disewa.

Namun selepas menyedari dia tidak mempunyai pendapatan dan akan menghabiskan simpanan lebih awal, dia mula mengurangkan perbelanjaan harian kepada RM6.47 (10 yuan) sehari.

Selepas sekian lama terpaksa membayar sewa, dia membuat keputusan untuk pindah dan menjual sebahagian besar barangnya demi meneruskan gaya hidup yang santai di luar rumah dengan khemah.

Meskipun hanya makan mi segera dan ladu setiap hari serta perlu berjalan jauh untuk mencari air mahupun mengecas telefon, dia mengakui bahawa kehidupannya itu adalah pilihan yang paling menggembirakan.

"Itu pilihan saya... apabila kita melepaskan usaha yang tidak memuaskan dalam hidup, perlahan-lahan kita akan rasakan ketengan," luahnya.

Pun begitu, dia mengakui dirinya boleh mendapatkan pekerjaan.

Malah rakan-rakannya juga pernah memberi pinjam wang untuknya memulakan perniagaan kecil-kecilan selain turut disediakan tempat tinggal.

Namun dia lebih memilih kehidupan sebegitu yang kononnya lebih sederhana dan tenang. - oddity central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain