TRAGIS. Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya lumpuh selepas diserang seekor zirafah ketika cuba melintasi kawasan semak di Kuleni Game Park. Bercerita mengenai kejadian yang menyayat hati itu, Nicole Panos, 25, berkata, dia bersama anak-anak pada masa itu dalam perjalanan untuk bertemu dengan seorang pelajar. "Saya berhasrat tinggalkan anak-anak di bawah jagaan nenek mereka. "Semasa berjalan kaki meninggalkan rumah, kami melalui kawasan semak dan taman permainan kanak-kanak. "Saya melihat seekor zirafah jantan dan betina dari kejauhan, tetapi tidak kelihatan anaknya... mereka seolah-olah memerhati gerakan saya dan anak-anak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'mukbang' kantoi bawa balik sisa makanan, didenda lebih RM29,000 Tanpa diduga, seekor zirafah berlari laju dan menyerang dari belakang. "Pada masa itu, Kaia dalam pelukan saya manakala Kayden berjalan di hadapan," ujarnya yang bekerja sebagai fasilitator marin serta mentor pelajar. Dia yang tidak sempat melarikan diri kemudiannya ditanduk haiwan berkenaan sebelum jatuh pengsan. Susulan serangan itu, anak lelakinya mengalami keretakan pada tengkorak tetapi berjaya melarikan diri. Malangnya, Kaia yang berusia setahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan kepala traumatik. - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube