SEPASANG warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampungnya. Ia berikutan mereka dituduh sebagai bomoh santau di perkampungan Sisoma, Daerah Tapanuli Selatan, Indonesia. Menurut pegawai polis, kedua-dua mangsa bagaimanapun selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil. "Semasa kejadian mereka berada di dalam rumah yang mana penduduk kampung pada awalnya bertinda membaling batu sebelum membakar rumah tersebut. "Susulan penganiayaan, kedua mereka melaporkan kepada polis," katanya. Pasukan polis juga menegaskan bahawa tiada isu berkaitan bomoh santau sebaliknya hanya melibatkan masalah saluran air bagi tanaman masing-masing. Konflik tersebut mendorong pertelingkahan berlaku antara mangsa yang berusia 70 tahun dan penduduk kampung. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube