suria

Selepas dua tahun ‘menyamar’ jadi lelaki, kekasih batalkan perkahwinan gara-gara bakal suami sebenarnya wanita

Wanita ini batalkan hasrat berkahwin setelah mengetahui pasangannya adalah bukan lelaki. - Gambar hiasan

LAIN yang dirancang, lain pula jadinya!

Nasib seorang wanita bertukar menjadi malang apabila rancangan untuk berkahwin sejak dua tahun lalu tidak diteruskan.

Menurut Mirror UK, hasratnya terbantut apabila rancangan berkahwin dibatalkan setelah menyedari menjalin hubungan dengan individu yang menyamar sebagai lelaki.

Dakwanya lagi, sepanjang menjalin hubungan dengan 'kekasihnya', dia sudah dua kali terlanjur melakukan hubungan seks.

Sebelum penipuan tertuduh, Blade Silvano, 40, terbongkar, pasangan ini berkenalan secara dalam talian pada akhir 2016 apabila dia memuat naik statusnya di sebuah ruang mencari teman wanita.

Mangsa yang terkejut hanya mengetahui jantina sebenar 'kekasihnya' melalui Facebook dua tahun selepas menjalin hubungan dan pernah menangguhkan perkahwinan yang dirancang kerana 'penyakit' defendan.

Terbaharu, Silvano dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge dan menafikan dua pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Dalam keterangan, mangsa memberitahu 'teman lelakinya' itu menggunakan nama Blade Mendez dan memberitahu polis dia tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita.

Semasa pemeriksaan balas, mangsa didakwa menafikan keseluruhan hubungan itu adalah sebahagian daripada lakonan dan fantasi antara mereka.

"Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain