DEK kerana tiada kenaikan gaji setelah mengambil cuti sakit sejak 2008, seorang pakar teknologi maklumat (IT) mengambil tindakan menyaman majikannya baru-baru ini. Menurut laporan Oddity Central, Ian Clifford dibayar gaji tahunan 54,000 Pound Sterling (RM304,378) sebagai sebahagian daripada pelan hilang upayanya. Namun bagi Clifford, gajinya tidak cukup kerana terkesan akibat inflasi bertindak cuba menyaman syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), IBM kerana melakukan diskriminasi kecacatan. Untuk rekod, Clifford tidak melakukan apa-apa kerja untuk syarikat itu dalam tempoh 15 tahun yang lalu tetapi akan dia terus menerima gaji tahunannya sehingga bersara atau meninggal dunia mengikut pelan hilang upaya IBM. Clifford, dari Reading, di UK, mula bekerja untuk syarikat perisian Amerika Lotus Development pada tahun 2000, lima tahun selepas ia diperoleh oleh IBM. Pada September 2008, Clifford mula cuti sakit sehingga 2013 sebelum membangkitkan rungutan mengenai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan isu tidak menerima kenaikan gaji. IBM akhirnya menawarkan pakar IT itu perjanjian kompromi yang membolehkannya dimasukkan ke dalam pelan hilang upaya syarikat dengan gaji terjamin dan tiada kewajipan untuk bekerja sehingga pemulihan, persaraan atau kematian. Mengikut pelan kecacatan, Ian Clifford dibayar 75 peratus daripada gaji yang dipersetujuinya iaitu sebanyak 72,037 Pound Sterling (RM406,097) selama 15 tahun yang lalu, tanpa melakukan sebarang kerja, serta 8,685 Pound Sterling (RM48,961) untuk menyelesaikan pertikaian gaji percutiannya pada 2013. Namun, ada yang menganggap ia sebagai perjanjian yang 'agak manis', tetapi pada tahun lalu, pekerja IT itu cuba menyaman IBM di mahkamah buruh UK, mendakwa bahawa dia dilayan dengan tidak baik oleh majikannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube