suria

Tak masuk akal! Tuan rumah anjur majlis makan malam, kemudian paksa tetamu bayar RM109 setiap seorang

Tetamu berkenaan meluahkan rasa terkilan kerana tuan rumah memaksa mereka membayar makanan. - Gambar hiasan/Freepik

SIAPA yang tidak gembira apabila mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan makan.

Bukan sahaja dapat menikmati aneka makanan secara percuma, tetamu juga berpeluang untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan bersantai bersama-sama.

Namun lain pula halnya dengan perkongsian seorang individu mengenai majlis jamuan yang dihadirinya baru-baru ini.

"Kami dijemput ke rumah kawan untuk makan malam. Kami bawa bersama sebotol wain yang bagus sebagai buah tangan.

"Selepas menikmati aneka makanan enak, tuan rumah kemudian menghantar mesej untuk meminta wang daripada setiap tetamu. Bagi saya, ini tak masuk akal!

"Dan saya tak rasa ada yang mahu membayarnya jika saya bertanya kepada mereka!" luahnya dalam forum Mumsnet.

Menurut individu berkenaan, setiap tetamu dikenakan bayaran berjumlah Rs2,000 (RM109.57).

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa geram malah mengecam tuan rumah.

Bagi mereka, sekiranya mahu mengenakan bayaran, tuan rumah sepatutnya memaklumkan tetamu lebih awal untuk menampung kos makanan mereka sendiri.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan sama ada dia dan tetamu lain membayar untuk makanan masing-masing. - Indiatimes

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain