suria

Sudahlah tertidur di ruang mesin ATM sampai pagi, motor pula lesap!

Seorang pemuda tertidur di ruang mesin ATM tanpa menyedari motosikalnya dilarikan pencuri.

SUDAHLAH tertidur di ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM), motosikalnya pula lesap.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemuda, yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Pemuda tersebut tertidur di ruang ATM sehingga pagi tanpa menyedari motosikal yang diletakkannya di luar premis dilarikan pencuri.

Kejadian berlaku di Jalan Nusantara, Pancoran Mas, Bandaraya Depok di Jawa Barat, Indonesia, pada 6 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 'histeria' kena samun... motor lesap, mangsa dicampak ke sawah

Dalam rakaman CCTV, kelihatan seorang lelaki memakai hoodie oren dan seluar pendek hitam.

Pemuda itu masuk ke ruang mesin ATM kira-kira pukul 3.35 pagi.

Lelaki itu masuk dengan memakai topi keledar, manakala motosikalnya diletakkan di luar pagar tempat letak kereta.

Ketika membuat transaksi, lelaki itu tiba-tiba terduduk di atas lantai sehingga akhirnya dia tertidur.

Kira-kira pukul 3.53 pagi, motosikal lelaki itu dilarikan pencuri, manakala mangsa masih lena tidur di ruang ATM.

Bagaimanapun, tidak dipastikan apakah yang berlaku kepada mangsa yang tertidur di ATM dan status motosikal yang dilarikan. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain