SEORANG gadis yang hilang selama dua minggu, akhirnya dihantar pulang oleh teman lelakinya. Menurut pihak berkuasa, dia yang baru berusia 21 tahun pada awalnya pergi menjual agar-agar di Pasar Tengen, Jawa Tengah, Indonesia sebelum dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. "Dia keluar pada 6 Mei untuk berniaga agar-agar dan terus tidak pulang ke rumah. Ekoran itu, ibu dan ayahnya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Sedang asyik menyanyi lagu dangdut, ketua kampung temui ajal atas pentas Pun begitu, pada 23 Mei, dia telah dihantar pulang oleh teman lelakinya selepas tinggal bersama di Kecamatan Sambungmacan. "Selepas disoal siasat, dia mengakui tinggal bersama teman lelaki. "Malah pihak terbabit datang bersama keluarga untuk melamar gadis berkenaan dan hubungan kedua mereka dipersetujui," ujar pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, teman lelakinya juga sanggup mengurus dan menanggung segala keperluan untuk urusan pernikahan. - Kompas.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube