PERNAH menjadi mangsa buli, penghidap psoriasis akui hilang keyakinan diri dan mengalami masalah kesihatan mental. Mana tidaknya, penyakit kulit yang dialaminya itu meliputi 95 peratus bahagian tubuh selain mengakibatkan kegatalan sehingga berdarah. Bercerita mengenainya, Shrestha Tiwari berkata, rakan sekolahnya pernah menyamakan tangannya dengan ekor khinzir. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu hidup relaks... Lelaki bujang pilih hidup dalam khemah, enggan kerja "Apabila ditanya oleh cikgu atau rakan kelas tentang keadaan tangan, saya akan menyatakan ia kesan terbakar mahupun luka kerana terjatuh basikal. "Keadaan itu menyebabkan saya mengetahui masalah kulit yang dihadapi, tambahan pula orang ramai akan memandang pelik terhadap saya... macam sentiasa diperhatikan," luahnya. Pun begitu, Shrestha sentiasa berusaha untuk menjadi individu berjaya dan bereputasi. Malah dia kini menerima keadaan kulitnya dan tidak lagi diselubungi rasa malu. Pada masa sama, dia aktif bercerita tentang masalah kulit yang dihadapi di sosial media bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang psoriasis. - Metro.co Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube