suria

Implan payudara membesar dua kali ganda... Rupanya wanita ini hidap gigantomastia! Kesal jadi bahan lucah orang awam

Wanita diganggu kerana miliki payudara besar

HANYA kerana menghidap penyakit gigantomastia, seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual apabila berada di kawasan awam.

Disebabkan itu, Korina Kova mengakui dirinya berasa malu untuk pergi ke restoran mahupun berada di lapangan terbang kerana sering dijerit dan ditunjuk dengan simbol lucah.

Mana tidaknya, penyakit yang jarang berlaku itu menyebabkan payudaranya terus membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kaut untung, jual video lucah isteri di laman sosial

Pun begitu, Korina mengakui dia pernah memasukkan implan ke dalam payudaranya, namun saiz payudara telah membesar dua kali ganda sebelum didiagnosis menghidap penyakit tersebut.

Malah implan yang dimasukkan sebelum ini telah diliputi oleh tisu payudara yang bertambah.

Korina berkata, situasi yang dihadapinya itu menyebabkan orang ramai mula bertindak kurang ajar dan mengganggunya.

“Saya baru sahaja pergi bercuti di Mexico dan ramai orang menegur yang payudara saya besar... ia sangat memalukan," luahnya.

Malah, wanita yang berasal dari Kanada ini terpaksa mengenakan pakaian longgar apabila berada di luar rumahnya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain