SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan maut akibat tersepit di antara rangka katil dengan tilam elektrik di rumah keluarganya di La Vista, pinggir bandar Omaha, Nebraska. Kejadian malang yang menimpa bayi lelaki tersebut berlaku pada 21 Mei lalu. Pihak berkuasa segera bergegas ke kediaman mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.00 petang. Bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Siasatan mendedahkan bayi itu mati akibat sesak nafas selepas tersepit di antara tilam elektrik dengan rangka katil, lapor media tempatan. Difahamkan siasatan lanjut masih dijalankan, bagaimanapun pihak berkuasa berkata kes tersebut merupakan satu kemalangan. La Vista terletak kira-kira 50 batu dari timur laut pusat bandar Lincoln. - THE STAR Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube