suria

Gara-gara stres dalam pesawat, lelaki buka pintu kecemasan untuk hirup udara segar

Penumpang ini membuka pintu kecemasan kerana mahu turun dengan cepat.

TINDAKAN pentingkan diri seorang individu di atas pesawat hampir membahayakan nyawa penumpang lain.

Dalam satu kejadian yang menggemparkan dunia melibatkan Asiana Airlines, seorang penumpang dilihat membuka pintu kecemasan pesawat dengan sengaja.

Penumpang itu dikatakan berasa sesak nafas dan mahu turun dengan cepat.

Ketika kejadian, pesawat penerbangan domestik itu sedang membawa hampir 200 penumpang tatkala menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, Korea Selatan.

Apabila pesawat berada sekitar 200 meter sebelum mendarat, polis melaporkan lelaki berusia sekitar 30-an yang tidak didedahkan identitinya bertindak membuka pintu keluar.

Penumpang itu kemudiannya ditahan polis Daegu untuk disoal siasat dan memberitahu polis bahawa dia murung selepas kehilangan pekerjaan baru-baru ini.

“Dia berasakan penerbangan itu mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya dan berasa sesak nafas dalam kabin. Jadi dia mahu keluar dengan cepat,” kata seorang detektif polis Daegu.

Berikutan itu, penumpang terbabit berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana melanggar undang-undang keselamatan penerbangan.

Rakaman video kejadian yang tular menunjukkan angin merobek pintu terbuka di udara, dengan kain sandaran tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan selain beberapa penumpang menjerit ketakutan.

Tiada kecederaan serius atau kerosakan direkodkan, 12 orang dibawa ke hospital selepas pesawat itu mendarat kerana mengalami masalah ketidakselesaan dan pernafasan. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan