suria

Belum sempat tandatangan surat cerai, isteri bunuh suami guna tukul

Wanita Vietnam ini membunuh suaminya dengan kejam.

SEORANG wanita yang berhati binatang!

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita Vietnam di Amerika Syarikat yang sepatutnya bertemu dengan suaminya bagi menandatangani surat perceraian, namun bertindak sebaliknya.

Dalam kejadian berdarah itu, wanita itu membunuh suaminya dengan menggunakan tukul.

My Tran, 42, yang bermastautin di Arlington, Texas kini menghadapi tuduhan pembunuhan.

Mangsa berusia 45 tahun menjemput Tran ke apartmennya untuk mendapatkan persetujuan bagi bercerai pada 24 Mei lalu.

Tran sendiri menghubungi perkhidmatan kecemasan dan mengaku memukul kepala suaminya dengan alat itu.

Menurut afidavit waran tangkap, Tran yang bertutur dalam bahasa Vietnam mula-mula mengaku kepada kakitangan kecemasan, melalui jurubahasa, sebelum membuat pengakuan sama kepada detektif polis Arlington.

Polis tiba di apartmen itu kira-kira 6 pagi Rabu lalu sebelum mendapati Tran duduk di luar apartmen.

Mereka menemui mayat lelaki berusia 45 tahun itu dalam keadaan terbaring dan tidak bergerak di dalam bilik tidurnya.

Pihak berkuasa mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Fox News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan