BENAR-BENAR memerlukan atau hanya 'wayang'? Begitulah kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat mengemis di ibu negara Filipina dengan menggunakan kod QR. Badan kerajaan mengeluarkan amaran ia berkemungkinan kegiatan sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai. Seorang saksi yang terserempak dengan kanak-kanak berkenaan berkata, pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling. "Kami ketawa pada mulanya, jadi kami menyemak sama ada kod QR itu berfungsi, dan ia terbukti wujud, dinamakan atas organisasi tertentu," kata saksi tersebut. "Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dalam van, menempatkan mereka di jalanan, dan mengumpulkan mereka pada waktu malam," kata pihak berkuasa tempatan. - Mena FN Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube