SAYU apabila seorang pemuda terpaksa membakar kad jemputan ke majlis perkahwinannya gara-gara bakal isteri menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku enam hari menjelang hari pernikahannya.
Kisah malang bakal pengantin itu tular selepas satu video dikongsikan di TikTok.
Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batalkan perkahwinan mengejut, tak boleh terima bakal suami lemah matematik
ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, isteri pertikai hubungan sulit dengan 'nenek'... rupanya sudah lama nikah
Menerusi video tersebut, kelihatan ratusan kad jemputan dibakar oleh lelaki bernama Alfi.
Menurut Alfi, dia sebelum ini berasa curiga dengan tingkah laku bakal isterinya, Maulida.
Perasaannya itu terbukti betul apabila mendapati kekasihnya itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki.
Difahamkan, kedua-dua mereka berkenalan menerusi satu aplikasi jodoh.
Pendedahan itu membuatkan Alfi berasa sakit hati, apatah lagi kejadian terbongkar enam hari sebelum pernikahan mereka. - Tribun Medan
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube