suria

Jiran buat hal! Warga emas kemurungan, pemandangan dihalang tembok dua meter

Tembok yang dipasang jirannya.

JIRAN dari neraka.

Demikian gambaran bagi situasi yang dialami seorang wanita berusia 59 tahun apabila terpaksa hidup dalam 'penjara' selepas jirannya membina tembok setinggi dua meter yang menghalang pandangannya.

Sharon dan John Boltwood telah tinggal di rumah mereka di Crosland Moor, Huddersfield, West Yorkshire, selama 25 tahun mengakui terkejut dengan ketinggian tembok yang dibina jiran.

Malah Sharon kini mengalami trauma dan kemurungan kerana tidak dapat melihat suasana persekitaran seperti biasa.

"Saya mengalami kemurungan dan jarang keluar selain dari perjalanan membeli-belah... jadi tidak dapat melihat dari tingkap depan seperti yang biasa dilakukan amat memberi kesan kepada saya secara mendalam," luahnya.

Menurut suaminya, perkara tersebut memalukan kerana mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan jiran terbabit mahupun ibunya.

"Saya tidak marah pun tentang apa yang mereka lakukan, saya cuma terkilan, kami rapat selama ini! Kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan apa-apa," katanya yang berusia 65 tahun. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain