suria

Angkara pengaruh kartun 'Tom & Jerry', kanak-kanak lompat dari aras 26 guna payung

Kanak-kanak ini melompat keluar dari pangsapurinya kerana pengaruh kartun.

PENGARUH dari rancangan kartun membawa padah kepada seorang kanak-kanak.

Begitulah kisahnya untuk seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Hunan, China apabila dia bertindak melompat dari tingkat 26 dengan hanya menggunakan payung pada 26 Mei lalu.

Difahamkan semasa kejadian berlaku, ibu kanak-kanak itu bekerja di bandar lain, manakala bapanya mempunyai urusan kerja di luar negara.

Walau bagaimanapun, nenek yang merupakan penjaga utama kanak-kanak lelaki itu tidak berada di rumah kerana keluar untuk menjemput kakak mangsa ketika kejadian.

udak lelaki tersebut mendapat inspirasi untuk melakukan aksi sedemikian selepas menonton kartun popular kanak-kanak, Tom and Jerry.

Dia mula membayangkan akan dapat melakukan pendaratan dengan selamat di atas tanah jika dia memegang payung yang dijadikan sebagai payung terjun.

Tanpa berfikir panjang, dia melakukan aksi itu sambil memegang payung dari tingkat 26 di rumahnya.

Dia dilaporkan melompat keluar dari tingkap yang menghadap ke balkoni, di mana tempat itu tidak dipasang kamera anti kecurian kerana unit itu berada pada tahap tinggi.

Nasib menyebelahinya apabila dia terjatuh di atas pokok yang besar sekali gus mengurangkan daya hentakan dan kecederaan.

Pun begitu, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan patah tangan dan beberapa tulang di bahagian badan yang lain ketika melakukan pendaratan.

Kanak-kanak lelaki itu terselamat daripada insiden tersebut dan kini berada di hospital tempatan untuk rawatan. - Yahoo.news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain