suria

Strategi licik! Sindiket guna dron untuk curi madu lebah di ladang... Tahu-tahu dah 'lesap'

Madu merupakan makanan berkhasiat yang tinggi nilaninya. -Gambar hiasan

PENJENAYAH mempunyai pelbagai cara kreatif untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

Terbaharu, pencuri madu lebah di Britain menggunakan dron sebagai cubaan menceroboh dan mencuri hasil madu di ladang ternakan lebah komersial di negara itu.

Pencuri itu menggunakan dron untuk ke ladang dan rumah terpencil lain yang sarang lebahnya tersembunyi dari jalan raya.

Sebaik sahaja sarang lebah peladang diceroboh oleh dron dan dirompak, mereka serta-merta kehilangan semua keuntungan madu mereka.

Guy Williams, 60, dari Skidbrooke, Lincs, berkata dia berhenti memelihara lebah selepas 20 tahun kerana haiwan peliharaannya itu dicuri lima kali.

Dia percaya pencuri berkenaan adalah profesional kerana bijak mengambil jenis lebah yang menghasilkan lebih banyak madu.

"Jelas sekali mereka tahu apa yang mereka lakukan. Mereka tidak berminat untuk mengambil sarang atau mana-mana peralatan.

"Mereka hanya berminat untuk mencuri madu lebah," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain