MALANG tidak berbau. Seorang wanita mendedahkan bapanya yang berusia 64 tahun disahkan maut selepas 12 batang gigi dicabut di sebuah hospital. Menurut anaknya, Chantana Khum Khrong, kematian itu disebabkan berlaku pendarahan di luar kawalan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Singburi, Thailand. Memetik laporan Thaiger, mendiang bapanya, Som Sak sebelum ini mendapatakan rawatan berkaitan masalah hati di hospital sama pada 12 Mei dan dia dimasukkan ke wad sehingga 15 Mei kerana memerlukan antibiotik. Bagaimanapun, pada 23 Mei pihak hospital menasihatkan agar 12 batang gigi bapanya perlu dibuang melalui dua peringkat iaitu tujuh batang pada fasa pertama dan lima lagi pada sesi seterusnya. Setelah operasi selesai dijalankan, bapanya hanya diberikan kain kasa untuk digigit bagi menghentikan pendarahan yang banyak. Som Sak meninggal dunia setelah 12 batang gigi dicabut. -Foto Khaosod Lebih parah apabila Som Sak dikatakan tercekik kain kasa yang disumbat ke dalam mulutnya namun jururawat menasihatinya agar memasukkan semula kerana kos rawatan menghentikan pendarahan mahal. Chanthana turut mempersoalkan tindakan doktor yang bertegas mencabut gigi bapanya walaupun keadaan kesihatan semakin merosot. Bagaimanapun, pihak hospital menawarkan borang permohonan untuk menuntut pampasan dan mengarahkan dia menandatangani sebelum diserahkan kepada hospital. Dalam pada itu, difahamkan Pengarah Hospital Singburi akan memberi kenyataan rasmi mengenai kes itu dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube