suria

Tersinggung suaranya dikutuk ‘tak sedap’ ketika karaoke, pemuda tikam jiran sampai mati

Jiran ditikam selepas kutuk suara.

SEORANG pemuda maut ditikam gara-gara mengutuk suara jirannya 'tidak sedap'.

Isra Miraj, 25, ditikam oleh Sabbara, 39, dalam kejadian di Takalar, Sulawesi Selatan, Khamis lalu.

Insiden berpunca daripada Isra yang mengkritik suara Sabbara sumbang ketika karaoke.

"Pelaku tersinggung kemudian mencabut badik (sejenis pisau) dari sarungnya," kata Polis Takalar, Iptu Asnawi.

Ketika itu rumah jiran mangsa sedang melangsungkan majlis dan karaoke merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan.

Isra yang merupakan pengawal keselamatan sempat dibawa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan.

Polis telah menangkap Sabbara, juga merampas badik yang digunakan sebagai bahan bukti. -Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain