suria

Gerudi kerak bumi, China sedang gali lubang paling dalam di dunia

China memulakan projek untuk menggali lubang paling dalam di dunia.

KEDENGARAN tidak masuk akal, namun negara China baru sahaja memulakan sebuah projek untuk mengorek lubang paling dalam di dunia.

Menerusi projek yang bermula pada Khamis, pihak terlibat akan mengorek sekitar 10,000 meter ke dalam kerak bumi.

Tapak penggalian itu terletak di Lembangan Tarim di wilayah Xinjiang.

Menurut pakar teknikal penggalian, Wang Chunsheng, projek itu merupakan satu percubaan berani yang dijangka bakal meluaskan sempadan pemahaman manusia tentang bumi.

"Menggerudi lubang sedalam lebih 10,000 meter adalah percubaan berani untuk meneroka wilayah bumi yang tidak diketahui dan meluaskan sempadan pemahaman manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wuhan lockdown semula, hampir 1 juta penduduk diarah duduk rumah

"Dan menurut beberapa saluran berita China, projek itu sedang dilakukan supaya China boleh membina semula sejarah benua Bumi, termasuk evolusi landskap, perubahan iklim, dan pengagihan kehidupan," ujarnya.

Sebahagian daripada kawasan itu sebenarnya bersempadan dengan Kyrgyzstan dan Tajikistan, serta beberapa banjaran gunung India yang luas.

Pada masa ini lubang terdalam di dunia ialah Kola Superdeep Borehole di Murmansk, Rusia.

Para saintis dan ahli geologi memulakan penggerudian pada 24 Mei 1970 dan mencapai 12,200 meter ke bawah ke arah kerak bumi.

Penggerudian dihentikan pada tahun 1992 apabila berlakunya keruntuhan Kesatuan Soviet, menyebabkan saintis tiada wang untuk membiayai projek tersebut.

China juga berhasrat untuk menggali kedalaman yang sama atau lebih lagi, menurut laporan itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain