suria

Anak yatim derita dalam jagaan ibu angkat... Dipaksa ambil dadah, jadi pemuas nafsu lelaki dewasa

Anak kecil sepatutnya dilindungi, bukannya menjadi pemuas nafsu orang dewasa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang menyelamatkan anak-anak yatim dari Ukraine dibicarakan atas tuduhan penyeksaan, penderaan seksual dan membenarkan pedofilia membayar untuk merogol kanak-kanak dalam jagaannya.

Menurut mahkamah di bandar Poznan, Poland, wanita dikenali sebagai Svetlana Plyushko itu pernah memaksa mangsa-mangsanya supaya memasukkan lampin kotor ke dalam mulut.

Wanita berusia 53 tahun itu juga didakwa melakukan penderaan terhadap 10 anak angkatnya yang berusia antara 4 dan 16 tahun.

Antaranya, dia pernah memaksa mereka mengambil dadah.

Lebih keji, dia turut menjana pendapatan dengan membenarkan pedofilia membayar untuk merogol kanak-kanak tersebut.

Untuk rekod, Iyushko mengendalikan sebuah rumah jagaan anak angkat di Ukraine selama 15 tahun.

Dia bagaimanapun berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

Iyushko menafikan semua pertuduhan dan mahkamah mengarahkan perbicaraan disambung pada tarikh lain. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain