suria

Dua hari ‘ghaib’, bau busuk dari mesin basuh rungkai misteri kehilangan budak 4 tahun... Rupanya dibunuh bapa saudara!

Mayat mangsa ditemui dua hari selepas kehilangannya di dalam mesin basuh. -Gambar Viralpress

MISTERI kehilangan seorang budak lelaki berusia empat tahun akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui tidak bernyawa di dalam mesin basuh di rumah keluarganya di Manila, Filipina.

Mangsa, Prince Grey Mondero dipercayai didera oleh bapa saudaranya, Patrick Sucgang yang berusia 15 tahun.

Difahamkan, Sucgang ditugaskan untuk memantau dan menjaga Mondero pada hari kejadian, namun remaja itu mendakwa kanak-kanak berkenaan hilang ketika bermain.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Tanpa diduga, dua hari selepas kehilangan Mondero, ibu Sucgang terhidu bau yang sangat busuk datang dari bilik anak remajanya itu.

Selepas diselidik, bau tersebut rupanya berpunca dari sebuah mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta buku di atasnya.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila dia menemukan mayat Mondero di dalam mesin basuh berkenaan.

Sucgang yang menjadi suspek utama kemudian disoal siasat oleh polis di mana remaja itu akhirnya mengaku melakukan jenayah tersebut.

Dia didakwa di bawah Akta Anti-Penderaan dan Eksploitasi Kanak-kanak. Bagaimanapun disebabkan umurnya masih muda, perbicaraan ditangguhkan sehingga dia mencapai usia 18 tahun.

Dia kemudian dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.

Sucgang dikatakan sering menonton dokumentari mengenai seorang pembunuh bersiri terkenal di Amerika, Jeffrey Dahmer. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain