suria

Hampir putus asa selepas 21 kali rawatan IVF gagal... Akhirnya hasrat bergelar ibu termakbul pada usia 53 tahun

Helen akhirnya bergelar ibu selepas 25 tahun cuba untuk hamil.

HASRAT seorang wanita untuk bergelar ibu akhirnya termakbul ketika dia berusia 53 tahun.

Helen Dalglish, dari Glasgow, Scotland mencuba tanpa berputus asa untuk hamil selama 25 tahun menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Dalam tempoh tersebut, dia sudah melalui 21 kali prosedur IVF yang menelan kos sekitar £100,000 (RM569,921) namun kesemuanya tidak berjaya.

Helen mengaku dia mula hilang harapan selepas menghabiskan masa berpuluh tahun untuk hamil.

Bagaimanapun, usaha tanpa mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil di mana Helen berjaya hamil ketika prosedur terakhir.

Akhirnya pada September 2022, Helen selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Daisy Grace.

"Apabila anda mendapat keajaiban kecil ini, anda lupa tentang penat jerih selama 25 tahun.

"Saya melihat ke bawah dan menyaksikan perut semakin membesar dan saya berfikir, adakah saya bermimpi?

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, doktor dan semua orang di klinik kesuburuan. Anak kecil ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk saya tunggu," ujarnya. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain